HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

 Setiap jiran, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya yg bertajuk Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, memberikan asas-asas hak jiran antaranya :


  1. Tidak Menyakiti Jiran 

Jiran merupakan salah satu watak penting dalam lakaran kehidupan kita. Kedudukan jiran juga diberikan perhatian penting dari sudut pandangan islam. Justeru, jika kita memikirkan tentang jiran kita, jangan lupa, dalam masa yang sama kita juga ialah jiran kepada orang lain.

Jadi hak jiran yang pertama ialah tidak menyakiti jiran, hal ini bermaksud, islam melarang kita sama sekali untuk menyakiti hati jiran kita.


 Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan perkara yang menyusahkan dan memudaratkan kepada jiran atau menyakiti hati jiran. Sebagai contohnya, meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga mengganggu lalu lintas jiran- jiran yang lain, membuang sampah sarap sesuka hati ke rumah jiran, merosakkan tanaman atau membiarkan haiwan peliharaan kita membuang najis di halaman rumah jiran sehingga menaikkan bau busuk yang akan mengganggu ketenteraman jiran serta melepak dan bersembang di luar rumah kita dengan suara yang kuat.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:


عَنْ أبِي شُرَيْحٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «وَالله لا يُؤْمِنُ، وَالله لا يُؤْمِنُ، وَالله لا يُؤْمِنُ». قِيلَ: وَمَنْ يَا رَسُولَ الله؟ قَالَ: «الَّذِي لا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوائِقَهُ»..



Terjemahan Hadith:


Dari Abu Syuraih r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman…”. Mendengarkan demikian, para sahabat gempar lalu mereka bertanya: “Siapakah yang tidak beriman itu, wahai Rasulullah?”



Rasulullah menjawab:


Maksudnya: “Sesiapa yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya.”


(Hadis Riwayat Imam Bukhari)


 Beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari hadis tersebut ialah kita sebagai hamba allah seharusnya menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan janganlah sesekali kita menyakiti hati mereka hal ini kerana, tidak akan sempurna iman seseorang itu jika ia tidak memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyakiti jirannya walaupun seseorang itu dari kalangan orang yang banyak membuat amal ibadat dan kebajikan.


2. Memelihara Kepentingan Jiran 

Seterusnya hak yang kedua ialah memelihara kepentingan jiran. Kita sebagai manusia seharusnya memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. 


 Jika kita menjaga kepentingan mereka seperti  memantau rumahnya ketika jiran  pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada dicerobohi oleh pencuri.Sebagai contoh, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti berlaku kes kecurian jadi kita sebagai jiran yang prihatin haruslah memaklumkan kepada jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.


Jadi berdasarkan contoh situasi tadi, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran tetangga dengan menjaga kepentingan mereka.


 3. Berbuat baik kepada jiran

Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Islam sangat mementingkan hubungan persaudaraan dan menekankan para umatnya supaya berbuat baik dengan jiran tidak mengira apa pegangan agama atau bangsa mereka bagi mengelakkan perselisihan.


Sebagai contohnya,ketika jiran kita bergembira seperti anak-anak mereka berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan atau berjaya mendapat ijazah, maka turutlah sama dengan memberikan ucapan tahniah. Selain itu, jika jiran berduka kerana kematian ahli keluarganya, maka berilah ucapan takziah kepada mereka walaupun bukan seagama. Seterusnya, jika  jiran tetangga kita ditimpa sakit ziarahlah mereka. Jika anda bertemu dengan jiran berilah salam atau berilah senyuman kepada mereka. Jika mereka memerlukan bantuan dari segi kewangan atau sebagainya bantulah mereka dan janganlah kita sekali-kali menyakiti hati jiran dan ahli keluarga mereka, sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan mereka. Hal ini kerana, ia akan menjejaskan hubungan silaturahim sesama jiran.

Bagi menjaga ketenteraman dan keharmonian hidup berjiran, kita hendaklah peka dan mengamalkan sikap bertolak-ansur.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir (kiamat), hendaknya tidak menyakiti jiran tetangganya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Jadi maksud melalui ayat di atas tidak salah sekiranya kita berbuat baik semasa jiran tetangga kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah diberi pahala yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T.


4.Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

Hak yang seterusnya ialah kita sebagai jiran hendaklah menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak melakukan perkara yang mengkhianati mereka.

Jadi kita sebagai manusia ataupun jiran haruslah berusaha untuk melakukan kebaikan kepada jiran dan membantunya serta mengelakkan dari mencederakan jiran dan berlaku khianat serta keaiban dan membocorkan rahsianya kepada individu yang lain.


 Imam Al-ghazali telah berkata bahawa “tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak dimatamu dan jangan menghebohkannya aib   mereka  kepada  sesiapapun”.  


Jadi daripada ayat tersebut kita dapat simpulkan bahawa kita sebagai jiran yang matang seharusnya tidak membocorkan rahsia serta aib jiran kepada individu yang lain tanpa pengetahuan mereka sehingga boleh memalukan,mencederakan maruah atau nyawa dan harta benda mereka. 


Tamsilnya, kita sebagai jiran yang baik haruslah menjaga rahsia mereka serta memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya yang bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot mereka serta tidak memberikan amaran apabila adanya bahaya yang mendekati mereka. Akhir sekali, kita juga janganlah melakukan perkara yang jahat serta keji di sisi Allah.


5.Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.

Di samping itu, antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam amat mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu:


 Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau


 Berdasarkan hadith dan dalil-dalil al quran jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

No comments:

Post a Comment

HAK-HAK JIRAN YANG KADANG-KADANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN

    PENGAJIAN ISLAM(MPU 23012 ) USTAZAH ALINAWATI AB.AZIZ@KAMARULZAMAN  TAJUK : DALAM ISLAM SEORANG JIRAN MEMPUNYAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB TE...