HIKMAH BERADAP DENGAN JIRAN

   Terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi sekiranya kita mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan berjiran.Antara hikmah yang kita dapat kecapi apabila mengamalkan nilai-nilai murni  semasa berada di kejiranan ialah:


1.Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian.Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.


2.Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.Sebarang kata putus atau keputusan juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.


3.Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.


4.Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui segala adab berjiran.


5.Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan dapat meringankan segala kerja yang berat.Sebagai contoh,kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran menghulurkan bantuan.


No comments:

Post a Comment

HAK-HAK JIRAN YANG KADANG-KADANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN

    PENGAJIAN ISLAM(MPU 23012 ) USTAZAH ALINAWATI AB.AZIZ@KAMARULZAMAN  TAJUK : DALAM ISLAM SEORANG JIRAN MEMPUNYAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB TE...