Kejiranan adalah antara aspek sosial yang penting dalam usaha untuk membina hubungan yang utuh sesama masyarakat, persekitaran yang aman dan juga harmoni. Salah satu daripada ajaran islam yang penting ialah menjalinkan hubungan yang erat dan menjamin kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat seperti amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, seseorang manusia tidak boleh hidup bersendirian atau mengasingkan diri dari orang lain. Oleh itu, islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling ataupun dengan jiran tetangga. Jadi apabila masyarakat membentuk hubungan yang baik dengan jiran tetangga ia akan dapat memupuk sifat saling membantu antara satu sama lain, saling menyayangi, bekerjasama dan sifat hormat-menghormati antara jiran. Seterusnya , hubungan baik sesama jiran amat dititikberatkan dalam islam. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu cara gaya hidup islam sejak dahulu lagi. Dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam hidup berjiran umat islam perlulah memainkan peranan yang penting sekali dalam mengekalkan hubungan yang baik dan mesra sesama jiran tetangga tanpa mengira agama dan bangsa. Umat islam juga perlulah saling menghormati antara satu sama lain serta sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Islam banyak memberikan panduan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran tetangga.
Pada zaman kini, hak-hak jiran semakin dilupakan oleh masyarakat moden sekarang dan kadang-kadang menimbulkan sengketa. Hal ini disebabkan oleh masyarakat pada masa ini yang yang sibuk mengejar kejayaan dunia sehingga terlupa atau mengabaikan kepentingan untuk menjaga hubungan sesama jiran. Oleh itu, dalam konteks ini akan membincangkan hak-hak jiran yang perlu dijaga oleh masyarakat sekeliling supaya hidup akan lebih diberkati oleh Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment