Jadi kesimpulannya, kita hendaklah beriman kepada allah dan rasul serta Hari kiamat ,mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yqng dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.
"Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya" (Al-Baqarah: 286).
Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup kita.
Selain itu jika kita mempunyai anak-anak, jiran tetangga kita dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.
Sabda Rasulullah SWT: "Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk".
(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 )
Melalui ayat di atas jadi benarlah bahawa jika kita memuliakan hak-hak jiran atau berbuat baik dengan dapat menimbulkan suasana yang bahagia, aman dan damai.
No comments:
Post a Comment