OBJEKTIF KAJIAN

 Kajian ini membincangkan tentang hubungan kejiranan dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti konsep kejiranan itu sendiri yang meliputi hikmah, tanggungjawab dan hak-hak jiran yang kadang-kadang dilupakan oleh masyarakat moden. Kaedah yang digunakan ialah melalui penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan daripada buku-buku dan lain-lain penerbitan serta membuat penyelidikan melalui internet. Di samping itu kaedah kajian juga dilakukan melalui hasil pemerhatian secara rambang dalam beberapa perkara yang berkaitan. Di antara objektif kajian ialah untuk memberi kefahaman kepada semua masyarakat khususnya masyarakat Islam tentang sejauh mana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka dalam hidup berjiran serta mengetahui hak-hak jiran dan prinsip-prinsip pergaulan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agar perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat dapat diwujudkan. Ini memandangkan masyarakat hari ini semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang jiran. Hasil kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hak- hak jiran itu penting sebagai salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur.

No comments:

Post a Comment

HAK-HAK JIRAN YANG KADANG-KADANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN

    PENGAJIAN ISLAM(MPU 23012 ) USTAZAH ALINAWATI AB.AZIZ@KAMARULZAMAN  TAJUK : DALAM ISLAM SEORANG JIRAN MEMPUNYAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB TE...