PEMBAHAGIAN JIRAN

 Kejiranan amat penting dalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukkan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu atau buddha akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, jadi kita sebagai orang islam perlulah menghormati mereka hormatilah  selagi mana ia tidak membawa bahaya atau kemudaratan. Di dalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri daripada;


1.     Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.


2.    Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan 

Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.


3.      Jiran Bukan Islam

Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka  dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;

 “ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”


No comments:

Post a Comment

HAK-HAK JIRAN YANG KADANG-KADANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN

    PENGAJIAN ISLAM(MPU 23012 ) USTAZAH ALINAWATI AB.AZIZ@KAMARULZAMAN  TAJUK : DALAM ISLAM SEORANG JIRAN MEMPUNYAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB TE...