HAK-HAK JIRAN MENURUT IMAM AL GHAZALI

 



Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.


Imam Al-Ghazali juga  turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:


 1) Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu

2) Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah

3) Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta

4) Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT

5) Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun

6) Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya

7) Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya

8) Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya

9)Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun

No comments:

Post a Comment

HAK-HAK JIRAN YANG KADANG-KADANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MODEN

    PENGAJIAN ISLAM(MPU 23012 ) USTAZAH ALINAWATI AB.AZIZ@KAMARULZAMAN  TAJUK : DALAM ISLAM SEORANG JIRAN MEMPUNYAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB TE...